Jumaat, 15 April 2016

Ditulis pada hari Jumaat, 15 April 2016 No comments
Sejak VLE menjadi viral di sekolah saya, ramai guru-guru yang membawa laptop ke mana sahaja mereka pergi, ke kelas, kantin, perpustakaan dan lain-lain tempat. Ini adalah kerana nama guru yang tidak pernah log in atau jarang masuk VLE akan disenarai pendekkan oleh admin atas permintaan pengetua.

Sebagai admin, pelbagai rungutan yang saya dengar. Saya akui dengan bebanan tugas guru yang sedia ada, adakalanya kita 'tak cukup tangan' untuk melayan perkara-perkara tersebut. Ada cikgu yang baru habis pantang, ada yang tak sihat, ada yang sibuk melayan kerenah anak-anak yang masih kecil dan macam-macam lagi kekangan.

Saya sempat cuit rakan saya yang baru masuk bertugas lepas habis pantang semasa di kantin tadi. Namanya 'naik' kerana belum pernah log in VLE. Saya faham bagaimana sibuknya orang yang ada baby baru.

Saya cadangkan padanya supaya log in guna telefon bimbit. Beliau merenung saya..."boleh guna hp ke kak?" saya cuma tersenyum sambil minta hp beliau. Selepas memasukkan ID dan password VLE pun terpapar pada telefon bimbitnya. Punya gembira sahabat saya ni.

Walaubagaimana pun bukan semua perkara kita boleh buat dengan hp ni. Di antaranya ialah:
1) Muat naik gambar pada timeline. Boleh tag pada kawan dan murid
2)Boleh lihat dasboard sekolah.Jika ada berita terkini kita tak ketinggalan.
3) Boleh buka dashboard admin
4) Boleh komen pada forum
5) Boleh buka site
6) Boleh lihat frogstore

Jadilah kan....daripada kita asyik kena kejar oleh admin kerana tak log in...sekurang-kurangnya ia dapat membantu.

Selamat mencuba.


buka menggunakan chrome. taip alamat /link vle sekolah



jika keluar paparan seperti di atas, jangan panik...hanya perlu rotate skrin anda jadi seperti di bawah..



kemudian, tegakkan semula skrin...maka terpaparlah laman utama vle 

boleh guna quick lunch

boleh masukkan gambar dan tag kawan atau murid

boleh lihat site

boleh chatting dalam forum

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan